Pada 17 September 2015 yang lalu, telah diadakan perjumpaan bagi Projek Jahitan dan Dobi yang pertama bertempat di SMK Sultan Muzaffar Shah I. Perjumpaan pertama ini merupakan perasmian dan pengenalan projek yang akan dijalankan kepada murid-murid yang terpilih. Setiap sekolah, ada tiga orang wakil murid. Projek ini tidak lain tidak bukan ialah untuk mengisi kemahiran murid-murid berkaitan jahitan dan dobi. Memandangkan terdapat mesin basuh dan mesin jahit yang telah dibeli oleh setiap PPKI sekolah. SMK Sultan Muzaffar Shah I merupakan pusat projek dan tempat berkumpul menjalankan aktiviti. Tenaga pengajar juga telah didatangkan dari Pusat Kemahiran Belia yang terletak di Seri Iskandar.
Tenaga pengajar memberi ucapan beliau. Beliau turut membawa beberapa orang pelajar jahitan (yang terdiri daripada OKU dan pernah bersekolah di PPKI Perak Tengah). Pelajarnya sudah mahir menjahit baju kurung untuk dipakai sendiri.
Wakil daripada SMK Dato' Seri Maharaja Lela. (Faaiz dan Amin K, Azira tiada dalam gambar.)
Tibalah masa untuk murid-murid mencuba menggunakan mesin jahit industri yang terdapat di sana.
Majlis Penutupan Projek Jahitan dan Dobi untuk perjumpaan kali pertama. Kita jumpa lagi untuk perjumpaan seterusnya.