Sebuah eksperimen "Menghasilkan Aiskrim Goyang" telah dijalankan bersama pelajar-pelajar PPKI kelas Satria. Eksperimen ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman mereka mengenai proses pertukaran sesuatu keadaan jirim iaitu cecair boleh bertukar ke bentuk pepejal. Proses ini telah dinamakan sebagai proses 'pembekuan'.
Jika dilihat pada awal eksperimen, semua pelajar tak dapat meramal apa yang akan terjadi pada akhir eksperimen nanti. Mungkin bagi mereka terlalu mustahil atau pelik.... yang aiskrim akan terhasil tanpa menggunakan peti ais! Tapi sebenarnya boleh saja! Jadi, lepas ni bolehlah kita buat aiskrim sendiri kat rumah ye, sebab eksperimen ini dah menunjukkan cara-cara membuat aiskrim goyang tanpa peralatan komersial atau bahan-bahan yang renyah.
JOM BUAT AISKRIM GOYANG SENDIRI
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- Plastik berzip kecil (A)
- Plastik berzip sederhana (B)
- Air kotak berperisa
- 1 packet garam
- Ais batu
- Surat khabar lama
- Masking tape
- Tuala
Langkah-langkah
1. Isikan ais batu (lebih kurang 1/2 plastik A)
2. Isikan 1/2 packet garam ke dalam plastik A tadi.
3. Isikan 1 air kotak berperisa ke dalam plastik B dan pastikan plastik itu dizipkan dengan kemas.
4. Masukkan plastik B tadi ke dalam plastik A. kemudian penuhkan plastik A dengan ais batu. Siap.
5. Balutkan plastik A yang dah penuh tadi dengan surat khabar. Ketatkan dengan masking tape.
6. Balutkan pula dengan tuala menjadi bentuk seperti gula-gula. Mudah untuk dihayunkan.
7. Hayunlah sampai 10 minit. Agak-agak.
Gambar atas: Plastik berzip saiz kecil untuk isikan air kotak berperisa
Gambar bawah: Plastik berzip saiz sederhana untuk ais batu
Mereka saling bekerjasama.
Jadilah seperti mereka.
(langkah membalut ketat-ketat plastik berisi ais batu dan air kotak berperisa)
(langkah membalut ketat-ketat plastik berisi ais batu dan air kotak berperisa)
Goyang Goyang... Goyang Goyang
Di sebalik kegembiraan bergoyang, mereka sebenarnya tidak sabar untuk melihat hasilnya. Jantung berdegup laju, jadi ke aiskrim goyang yang dikatakan guru?
Tara! Inilah hasilnya, Aiskrim Goyang perisa Milo dan Vico. Warna dekat sama. Bentuk yang terhasil ialah bentuk separa pepejal di mana tekstur dia adalah seperti aiskrim! (Memang aiskrim pun, sedap jugak)
Jom makan aiskrim!
Observations always involve theory. ~Edwin Hubble
Jom makan aiskrim!
Observations always involve theory. ~Edwin Hubble