Pada hari ini, para pelajar dan guru-guru PPKI bersemangat nak mencuba aiskrim yang sedang viral di media sosial, iaitu Aiskrim Sumi. Aiskrim ni nampak cantik, colourful dan sedap. Nampak sedap walaupun rasa belum. Tapi confirm punyalah... mesti sedap! Kami bercadang untuk menambah aiskrim sumi ini sebagai salah satu produk jualan untuk Sukan Tahunan SMKDSML, 3 Mac ini. Jadi, aktiviti ini adalah sebagai persediaan dan latihan kepada para pelajar tentang bagaimana aiskrim sumi ini terhasil. Nampaknya, para pelajar berminat dan berjaya menghasilkannya. ;) Selain Aiskrim Malaysia Sumi ini, antara perasa-perasa lain yang turut akan dijual ialah perasa sarsi, asam boi dan banyak lagi.
Siap dah aiskrim tester kami.
Aiskrim Sumi