KEM PEMIMPIN MUDA: PENGAWAS SEKOLAH 2016






Tarikh  : 6 - 7 Februari 2016
Tempat: Kalumpang Resort Training Centre, Hulu Selangor (KRTC)
Peserta: 38 Org Pengawas SMK Dato' Seri Maharaja Lela
 (termasuk 3 orang pelajar PPKI)
Tiga orang pelajar PPKI Tok Lela telah menyertai Kem Pemimpin Muda yang telah melibatkan para pelajar dari badan pengawas sekolah. Pelajar tersebut ialah
1. Noramin B Walid 
2. Ahmad Zikri b Lokman Hakim 
3. Muhammad Faaiz bin Faazi
Setibanya mereka di destinasi, Slot Petang bersama Encik Khairul Anuar iaitu Pensyarah Teknikal UPSI telah dijalankan. Slot ini lebih kepada pengisian jati diri dan peribadi sebagai seorang pengawas.


Ini ialah pengalaman kedua bagi Amin manakala pengalaman baru bagi Zikri dan Faaiz.
Semoga mereka berjaya menjadi pengawas yang baik serta dapat membimbing rakan-rakan mereka menjadi pelajar yang berdisiplin.
(Gambar semasa slot petang)


Slot Malam diteruskan oleh instruktur di mana pengisian slot lebih kepada motivasi, aktiviti berkumpulan dan permainan membina semangat bekerja dalam satu kumpulan.
Aktiviti permainan dalam kumpulan untuk membiasakan mereka bekerja secara berkumpulan kerana apabila bekerja di dalam kumpulan mereka akan lebih disegani. "Individually, we are one drop. Together we are an ocean."


Hari kedua dimulakan dengan aktiviti jungle tracking. Aktiviti ini dijalankan di trek sekitar KRTC. Ianya bukanlah semata-mata bersifat lasak atau cenderung pada fizikal sahaja. Tetapi menyentuh segala aspek. Aktiviti ini  sebenarnya dapat meningkatkan kekuatan spiritual para pengawas  untuk membina ketahanan fizikal. Apabila menghadapi kesukaran atau perasaan ingin berputus asa , motivasi dalaman amat penting untuk membangunkan diri semula sehingga berjumpa garisan penamat. Begitulah juga keadaan mereka apabila berdepan dengan rakan-rakan mereka nanti. Bagaimana untuk mengimbangkan perasaan dan tanggungjawab yang digalas. Adakah mereka akan menjadi pengawas yang tegas? atau pengawas yang ikut sama bersekongkol melanggar peraturan? Lebih kurang macam itulah.


Inilah para pengawas PPKI Tok Lela, Faaiz, Zikri dan Amin. Standby mode: Jungle tracking (on). 'Kacang Goreng' katanya.

Semasa jungle tracking. Walaupun penat tapi sampai jugak di garisan penamat. Trek tak terlalu jauh tapi tingginya boleh tahan mendadak. Kalau diikutkan bisikan syaitan mau aje balik awal , tido dalam chalet sambil disimbah kedinginan aircond. Tapi Amin, Faaiz dan Zikri bagus. Mereka teruskan perjalanan. Jadilah seperti mereka.

Gambar kenang-kenangan para pengawas di KRTC.
Kem ini ringkas, santai tapi padat. 
Semoga semua pengawas dapat manfaat darinya.