KEM JATI DIRI PENGAWAS

Kem Jati Diri Pengawas ini diadakan pada peringkat sekolah untuk para pengawas yang baru sahaja dilantik pada bulan Februari yang lalu. Kem ini telah dijalankan di SK Si Puteh, Selama, Perak. Objektif utamanya adalah untuk memantapkan jati diri murid-murid sebagai badan kepimpinan utama  di sekolah. Jadi, apabila dah ada kem seperti ini, diharapkan sahsiah dan keperibadian murid-murid sebagai ketua pelajar terserlah dan menjadi contoh yang baik kepada murid-murid lain. Pengisian kem ini pulak bukan biasa-biasa. Penuh dengan aktiviti fizikal yang mencabar. Barulah balik sekolah nanti nampak fit dan sado! Kawan-kawan tengok pun naik gerun! Berikut adalah beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan. Kali ini, dua orang murid PPKI Tok Lela (Amin dan Hadi) pon join sekali. Mereka adalah antara pengawas PPKI yang terawal dilantik dalam sejarah PPKI! Lepas ni sila jalankan tugas dengan dedikasi ya.
Aktiviti paling berat. Berakit!
Jadi, tak nak tunggu rakit datang bergolek, haruslah buat sendiri.
Ok, sebelum berakit, badan memerlukan persediaan untuk menempuh aktiviti fizikal yang berat.
Oppss! Itu dia Amin & Hadi!









Semasa aktiviti berakit




















Aktiviti sebelah petang juga adalah aktiviti lasak.
Flying Fox dan berbasikal.
Jadi pengawas kena berani berhadapan dengan kawan-kawan sendiri. So, aktiviti yang sebegini dapat menambah keberanian mereka dalam mengatasi ketakutan.

Aktiviti diteruskan pada sebelah petang dan malam dengan Majlis Perasmian Penutupan Kem Jati Diri Pengawas. Aktiviti itu berupaya melatih pengawas-pengawas bagaimana untuk mengatur dan menjalankan sesuatu majlis rasmi di sekolah.