Ini adalah post pertama bagi tahun 2015 yang baru di update bulan 4.
Selepas berehat panjang sejak tahun 2012.
Hah!!! Elok sesangat la, baru perasan. Posting terakhir 25 April 2012 dulu.
Hari ni dah 25 April 2015. Kebetulan sungguh. Alahai... sweetnya.
Apa-apapun perancangan Allah lah yang terbaik.
Baiklah, kita teruskan agenda posting kita yang nak berceritakan mengenai aktiviti Merentas Desa Peringkat Sekolah. Aktiviti ini telah dijalankan pada 31 Januari 2015/Sabtu lepas. Hampir kesemua anak PPKI SMKDSML telah melibatkan diri merebut tempat teratas. Ada yang datang dengan semangat atlet, semangat askar dan tak kurang juga semangat untuk mendapatkan hadiah cabutan bertuah sahajo. Yang tak bersemangat pulak, terus tak datang.
Aksi sebelum anak-anak dilepaskan merentasi desa.
Semangat lari tak kalah dengan semangat bergambar.
Nah, pose asli dari anak-anak PPKI SMKDSML, Ayid dan Dalila.
Allah, Dalila cover sikit aset perut tu. (nandung berape bulan? haha)
Lepas lari, rehat sekejap dan aktiviti berterusan pula dengan cabutan bertuah.
Alhamdulillah, anak yang paling bertuah pada hari tersebut ialah Noor Nurul Aini sebab nombor dia telah dicabut sebagai salah satu nombor bertuah: berjaya dapat beg sekolah.
Ok, jadi inilah muka-muka yang berjaya menghabiskan larian mereka.
Yang berdiri di atas gembira memegang sijil kemenangan,
tapi yang bawah tu cubalah jangan buat muka frust sangat.
Sampai ada yang tarik-tarik rambut, gigit kuku. termenung pon ada. haha, dah bukan rezeki.
Contohilah Hadi yang sentiasa Hadapi dengan senyuman ;)
Pemenang Kategori Lelaki Pendidikan Khas
Johan: Saiful Amir Asyraf bin Abiyazi
Naib Johan: Muhamad Firdaus Bin Zamzuri
Ketiga: Saiful Amir Izwan bin Abiyazi
Keempat: Muhammad Ammar bin Hairul Anuar
Kelima: Muhammad Faaiz bin Faaizi
Pemenang Kategori Lelaki Pendidikan Khas
Johan: Nurul Shakilah binti Ramli
Naib Johan: Syifa'Azzah binti Shafie
Ketiga: Nur Azira binti Khairi
Keempat: Noor Nurul Aini binti Baharuddin
Kelima: Noor Atiqah Dalilah binti Abd Halim
Tahniah!
Semoga menjadi kisah klasik untuk masa hadapan
Semoga menjadi kisah klasik untuk masa hadapan