LATIHAN KEM PENGAKAP SMK CHANGKAT LADA

Tahun ini, Pengakap PPKI Tok Lela telah menerima jemputan mewakili sekolah untuk menyertai Kem Pengakap anjuran SMK Changkat Lada. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah Pertandingan Memasak dan Pertandingan Kraftangan. Setiap sekolah telah dimaklumkan terlebih dahulu menu apa yang perlu dimasak dan bahan untuk kraftangan yang akan diberi pada hari kejadian. Menu yang wajib disediakan pada hari kem tersebut hanya satu iaitu Roti Lilit. Biasanya menu pertandingan masakan memang seperti menu 'masuk hutan'. Mungkin nak memberi pendedahan kepada ahli pengakap mengenai ikhtiar hidup semasa di dalam hutan. Empat wakil PPKI yang akan mewakili PPKI Tok Lela ialah Muhd Irfan, Noramin Walid, Mohd Bukhari dan Muhammad Faaiz.

Untuk memastikan ahli-ahli pengakap membuat yang terbaik pada hari pertandingan nanti, latihan memasak dan kraftangan dibuat sebelum ke kem itu. Lagipun, setiap peserta belum mempunyai pengalaman memasak Roti Lilit. Semoga berjaya! 

                             
Roti Lilit buatan Muhammad Faaiz. Walaupun baru belajar, tapi Faaiz dah pandai.
 Sambil diperhatikan oleh Azira 

 Apabila pelukis melilit roti.
 Taraa... Jadi jugak. Siapa kata tak jadi?
(Tapi boleh diperbaiki lagi ya Irfan!)
 Untuk hasil yang lebih 'Wallah!', sapukan marjerin pada Roti Lilit itu sebelum dibakar.

Sedia untuk dibakar
 Roti Lilit Bukhari sedia untuk dimakan!
 Roti Lilit Berkilat
Side effect marjerin tadi. Harap bagi markah extra.
 Bukan kene sedap je, pertandingan ini ada ujian. Kalau Roti Lilit tu dapat dikeluarkan dengan baik, licin dan tidak melekat pada batang pokok itu, maksudnya Roti Lilit memang well-cooked.


Antara hasil Roti Lilit daripada Faaiz, Irfan dan Bukhari.
Macam roti canai, cuma tak ada kari je, kalau tidak, tak cukup ni.
Azira, like it!
Juri berpengalaman sedang mencuba hasil masakan mereka.
Segala komen akan diambil kira dan diperhalusi.

Ok, Kalau macam ni gaya, confirm positif testimoni. Pass!


Cikgu Shikin dan Cikgu Fung sebagai guru pengiring sedia memberi tunjuk ajar.

A, ingat ni sosej?

Jadi, latihan ini sebagai persediaan untuk wakil kita pergi berjuang semasa di kem nanti. Good luck untuk keempat-empat ahli pengakap yang mewakili PPKI Tok Lela.
Do your Best and enjoy!