Untuk subjek Kemahiran Manipulatif kali ini, murid-murid telah menjalankan satu aktiviti seni. Lukisan garam. Lukisan garam ini sebagai salah satu terapi seni untuk memberi kegembiraan kepada murid semasa melaluinya. Garam diwarnakan dengan pelbagai warna yang ceria untuk menarik minat mereka. Di samping itu, lukisan garam dapat melatih serta memperbaiki kebolehan motor halus murid-murid terutama murid kelas D (Low-function). Berjayakah mereka menghasilkan sand art? Mesti boleh punyer!
Milik siapakah kereta ini?
Motif haiwan dan Frozen. Yang Frozen tu semestinya lukisan untuk Azira.
(Well, dia kan 'fefeling' princess.)
(Well, dia kan 'fefeling' princess.)
Lukisan motorsikal ini pula diberikan kepada Ammar, sebab cikgu tahu Ammar suka motor.
Tapi Taburan garam tu tak berapa kemas Ammar. Boleh cuba perbaiki di lukisan kedua nanti.
Yang Frozen, cantik dah, blonde habis rambut si Elsah tu.
Yang Frozen, cantik dah, blonde habis rambut si Elsah tu.
Kereta Amin K. So far, so good.
Ammar tak putus asa untuk buat percubaan kedua.
Nampak lebih kemas. Maknanya, kemahiran motor kasar Ammar semakin baik.
Kera Faaiz. Hensem Kera Faaiz. Intro sikit.
Lukisan garam Amin K. Hampir 80% siap. Kemas.
Dalila boleh buat, tapi selalu curi tulang tak mau buat kerja. Kalau buat, cantik je tu haaa...
Nabihah dan kera pinknya.
('Ok ke tak kera aku ni...')
Antara hasil Lukisan garam yang telah dihasilkan. Yang lain masih dalam pembikinan.
Alhamdulillah