Chef-chef Wira

Kali ini, giliran murid-murid kelas Wira pula memasak. Selalu kasi muka sangat dekat abang-abang dan kakak-kakak. Hmm, ingat kakak-kakak dan abang-abang je ke nak makan. Kali ni kasi kami pulak yang payung sarapan. Tema minggu ini, 'Western Breakfast'. Selain daripada Nasi Lemak, Bihun Goreng, Lontong dan Roti Canai, barulah Chef-chef Wira kita ni tahu yang Roti, sosej, sos kacang panggang pun boleh dimakan untuk breakfast. Hmm, belasah je. Yang penting, mudah, cepat dan tuntas.

pertama sekali Chef-chef Wira ni perlulah menyediakan bahan-bahan dan peralatan dapur yang mahu digunakan. Kebersihan dan keselamatan diutamakan. Kebersihan diri, bahan dan peralatan perlu dijaga dan jangan ada sesiapa yang berani bermain di dapur. Bahaya!!!

Seterusnya, 
1. Sosej perlulah dibasuh dan dibelah untuk mempercepatkan proses menggoreng sosej tersebut.
2. Menyapu marjerin pada roti dan membakarnya dengan menggunakan pembakar roti.
3. Membersihkan jagung manis dan mengukus menggunakan pengukus.
4. Membersihkan buah strawberry dan membelahnya kepada beberapa keping.
5. Menghidang makanan tersebut di dalam pinggan.

Jom kita lihat progress kerja chef-chef Wira ini.
 Tokey Sosej sedang menggoreng sosej!
Nampak sedap. Chef A guna marjerin untuk menggoreng sosej. Patut bau harum.
"Kamu buat lawak apa, tak lawak ponlah!" Jelas stress padamuka Zira.
 Tokey Roti
Ok, Well Cooked! Wallah
Teh strawberry in the making. Pandai chef Dalila sukat gula. Perfect.
Jom hidang breakfast. Perut dah berzapin mintak diisi makanan. 
Jagung tu nampak sedap sangat. Ada strawberry pulak. very omputih uolss!

Ok, DONE! Our Western Breakfast ok.
Next project, tunggu!!