Pada 4 Oktober 2015, telah berlangsunglah Kem Pengakap PPKI SMK Changkat Lada. Wakil Pengakap PPKI Tok Lela, Noramin Walid, Muhd Irfan Salim, Muhammad Faaiz Faazi dan Muhamad Bukhari telah menghadiri kem tersebut sejak pukul 8 pagi lagi dan tamat pada pukul 5 petang. Syabas kepada ahli-ahli pengakap kerana semangat dan berjaya menghadiri program hari ini! Yang pakai baju lengkap pengakap tu lagi PerakExcellent tau. Tiga orang Guru pengiring juga turut serta dalam kem seharian ini.
Breakfast dimulakan sebelum memulakan aktiviti atau pertandingan hari ini.
Pertandingan Masakan
Roti Lilit loading...
Ahli pengakap sedang memakai glove sebagai langkah kebersihan dalam pengedalian makanan. Tq Cg Fung & Cg Shikin bagi tunjuk ajar!
"Gentel, jangan tak gentel Fan."
Oh, ok, Selfie dulu.
(Bila masa selfie ni, bkn tengah gentel doh ke?hu)
"Ha, tu Roti Lilit perisa pandan atau pewarna epal?
Ini satu inovasi!"
Kawasan pertandingan, PPKI SMK Changkat Lada
Untunglah Ahli Pengakap moden pakai bara siap pemanggang lagi. Tak perlu gali lubang dan hidupkan api sendiri guna batu-batu.
Kemudahan untuk kamu semua.
"Seriously Amin, Roti Lilit mentah pun jadi ke?"
Tara....
Hasil Roti Lilit para pengakap PPKI Tok Lela dengan hiasan bertemakan flora.
Meriah ke tidak? Naib Johan untuk pertandingan ini.
Pertandingan Kraftangan, pertandingan kedua yang dipertandingkan.
Ok, discuss dulu nak buat kraftangan apa.
Google ade google?
Antara barang yang disediakan kepada setiap kumpulan.
Hasil kraftangan yang dihasilkan oleh Pengakap PPKI Tok Lela.
Alhamdulillah, tempat ketiga untuk pertandingan ini.
Hasil kraftangan dari sekolah-sekolah lain yang tidak kurang hebatnya.
Walaupun penat dan lelah, balik lambat tapi di wajah para ahli pengakap terpancar rasa gembiran dan excited kerana diberi peluang menyertai program sebegini. InysaAllah ada peluang, tahun depan join lagi.