Sains Sosial dan Alam Sekitar - Sel Unit Kehidupan

Komponen Sains Sosial dan Alam Sekitar atau SAS adalah antara komponen P&P yang diajarkan kepada murid-murid Pendidikan Khas tahap Tinggi dan Sederhana. Kalau di PPKI Tok Lela ini, kelas yang mengambil komponen ini ialah kelas Satria, Waja dan Inspirasi. Objektifnya mudah, supaya melahirkan murid yang peka dengan kewujudan alam sekitar. Alam sekitar ini merujuk kepada manusia, haiwan, alam sekitar, fenomena-fenomena alam dan banyak lagi. Melalui komponen ini, mereka akan mengenal, memahami dan menjaga alam sekitar untuk keamanan serta kesejahteraan mereka sendiri. 

Untuk sesi 2015 ini, kelas A,B dan C akan mempelajari komponen SAS yang diubahsuai oleh sukatan pelajaran Sains Tingkatan 1. Bab yang dipelajari pada mulanya ialah Sel sebagai Unit Kehidupan. Untuk meningkatkan daya ingatan mengenai ciri-ciri dan bentuk fizikal sel, murid-murid ini telah menjalani aktiviti dalam kumpulan untuk menghasilkan model sel. Jom lihat hasil model mereka! 

Alright, Hakak Azira tolong bimbing junior Ammar please....


Udah rope ulat bulu naik daun

 Oh yeah! 70 % done.

Close up sikit! Ini ialah sel tumbuhan done by Rafiqin`s Group.
Welldone

Hasilnya! Sel haiwan dan sel tumbuhan. lepas ni kalau kene soal bahagian-bahagian dalam sel jangan tak boleh jawab please!