PERTANDINGAN MEMBINA MODEL LOGO KEMERDEKAAN #sehatisejiwa

Pada hari Jumaat (21 Ogos 2015) yang lalu, PPKI Tok Lela telah menjalankan satu lagi aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan 2015 iaitu aktiviti dalam kumpulan untuk membina model logo kemerdekaan #sehatisejiwa. Objektif aktiviti ini ialah untuk memperkenalkan kepada murid-murid logo terbaru bagi sambutan kemerdekaan tahun 2015 dan memberi pendedahan serta kefahaman kepada mereka mengenai nilai atau ciri-ciri yang terdapat dalam logo tersebut.

Aktiviti dimulakan dengan pembentukan kumpulan masing-masing. Nama ahli kumpulan telah ditetapkan pada hari sebelumnya. Guru telah mengedarkan polistren sebagai bahan utama model ini.

 Pembentukan kumpulan dijalankan pada awal aktiviti. Nampaknya, Irfan masih malu-malu dengan Syifa. Alamak, mati kutu camni Irfan nak buat logo.
 Hmm... hmm... Izwan mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Kejayaan di hadapan mata.  Haha .
Peserta jemputan dari Kedah.
Rafiqin sedang menggunting cebisan peta semenanjung dan Sabah Sarawak untuk ditekapkan pada model. Ammar memerhatikan sahaja.
Separuh masa kedua,  makin 'garang' nampaknya kumpulan ni Izwan ni. Ada harapan ni!
 Kumpulan Faaiz tak nak ketinggalan menunjukkan bakat terpendam. Persaingan sengit.


Ditinggalkan keseorangan termangu-mangu.
Irfan. Cara & gaya tersendiri.

Kumpulan Amin B.

Semua kumpulan boleh buat, pasti memberi kesulitan kepada juri untuk memilih pemenang untuk pertandingan ini. Apa-apapun, kita rahsiakan dulu siapa yang paling berhak menang. Syabas Anak Malaysia ;)