PELANCARAN HARI KEBANGSAAN 2015 #sehatisejiwa

Majlis pelancaran sambutan Hari Kebangsaan 2015 di peringkat sekolah telah dijalankan di Dewan Pahlawan SMK Dato` Seri Maharaja Lela selepas perhimpunan rasmi mingguan. Sebilangan jumlah bendera Malaysia telah diserahkan kepada beberapa orang pengawas lelaki untuk mengetuai nyanyian lagu patriotik. 







 Murid-murid PPKI Tok Lela turut serta meraikan pelancaran tersebut dengan penuh semangat patrotik dan menyanyikan lagu Warisan dan Jalur Gemilang. Nanti kita check out pulak aktiviti sempena Hari Kemerdekaan Malaysia di kelas sepanjang bulan Ogos ini.