Kelas KHB Masakan untuk kali ini, murid-murid akan memasak Roti Daging Berkeju. Semua pada awalnya nampak tak zabar sangat sebab dah tengok bahan-bahan yang begitu menyelerakan. Nak-nak semua memang cheezy lover. Alhamdulillah. Resepi ini mudah dan ringkas, sesuai sangat untuk murid-murid praktikkan di rumah bila perut berkeroncong.
Bahan-bahan:
Roti
Daging Hancur
Cheddar Cheese
Sos Cili
Sos Lada Hitam
Bawang Besar dan Bawang Putih
Tomato
Cili
Cendawan butang
Telur
Fresh Milk
Planta
Daun bawang dan daun sup
Garam
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara (Inti Daging Hancur):
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili dan bawang besar pula.
3. Masukkan daging kisar yang telah dinyahbekukan sehingga sebati.
4. Masukkan sos cili dan sos lada hitam secukupnya.
5. Masukkan cendawan butang dan tomato. Masak sehingga daging empuk.
6. Adjust garam untuk rasa yang memukau.
Cara-cara menyusun roti dan Inti Daging Hancur:
1. Campurkan Fresh Milk dan telur. 200Ml & 2 biji telur.
2. Rendamkan sebentar roti ke dalam campuran tadi dan susun di dalam loyang.
3. Selepas habis satu layer roti, alaskan dengan inti daging hancur yang telah dimasak.
4. Lapiskan Cheddar Cheese sebanyak mana mengikut selera anda.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
6. Ulang langkah 2-5 pada layer atau lapisan seterusnya. Memadailah dengan tiga lapis roti. Tutup loyang dengan lapisan roti terakhir. Letak cheedar cheese lagi supaya bila bakar nanti roti anda nampak keemasan. Ohhh, sedap nampak gayanya.
7. Kalau ada lebihan campuran fresh milk dan telur tadi, curahkan ke dalam loyang.
8. Bakar lebih kurang selama 30-40 minit.
*Tips, sapu planta pada loyang untuk mengelakkan roti melekat pada loyang semasa nak potong nanti.
Bahan-bahan sudah diproses. Siap sedia untuk dimasak.
"Amin, apa yang Amin cuba buat?"
"Menangis le tu, menangis le tuwww..."
"Seriau cikgu nengok Irfan main pisau cenggitu ha..."
Murid yang rajin buat kerja dan rajin menghabiskan makanan. Good effort.
At least cikgu dah ajar jangan makan free saja.
Aksi sebelum terlantar sakit perut.
*ops bukan disebabkan juadah ini
Ok, masa untuk membuat layer roti dan inti.
Oh , terlangkau steps.
(if you know what i mean...)
Campak-campak saje.
Lapisan terakhir yang ditutup dengan cheedar cheese supaya memberi effect keemasan pada roti lepas dibakar nanti.
Ini krew menghabiskan stok
'clear stock crew'
Ye, cikgu tahu, tak ada apa yang tak sedap bagi Amin
Presentation part
Pelajar-pelajar PT3 release tension dengan memasak
#cooktheraphy
Thank you!
semoga bermanfaat untuk murid-murid sekalian.