Kelas Masakan hari ini murid-murid PPKI Tok Lela belajar buat Kek Batik. Pembuatannya agak mudah dan bahan-bahan yang digunakan juga ringkas. Resepi ini memerlukan bahan seperti:
Biskut Marie
Serbuk Milo
Susu pekat
Mentega
Bahan-bahan yang diperlukan sudah terhidang.
Irfan stanby
Langkah 1: Masukkan mentega ke dalam kuali yang telah panas dengan tujuan untuk mencairkannya.
Langkah 2: Masukkan pula bahan kedua, Milo ke dalam mentega yang telah cair.
Gaulkan sebati
Langkah 3: Campurkan susu pekat ke dalam kuali yang sama.
Langkah 4: Ok, sekarang masukkan Biskut Marie yang nampak sedap tu.
Taraa... hasilnya selepas kesemua bahan telah digaul bersama.
Close up!
Ok, sabar Miss Fung. Tahu dah terliur tu.
Langkah 5: Langkah terakhir buat Kek Batik. Tekan-tekan campuran bahan tadi ke dalam tray dan sejukkan di dalam peti ais.
Kek Batik kami!!! Mudahkan, sesuai untuk diaplikasikan oleh murid-murid.
Ringkas tapi sedap.