Perhimpunan Harian pada hari Selasa, Rabu dan Khamis di hadapan bangunan PPKI SMK Dato' Seri Maharaja Lela. Manakala pada hari Isnin dan Jumaat perhimpunan murid-murid PPKI adalah bersama-sama dengan seluruh murid aliran perdana di Dewan Pahlawan.
Idea perhimpunan harian ini diutarakan oleh Mantan Ketua Sektor Pendidikan Khas Negeri Perak, En. Aznan bin Hj Alias. Pengisian utama perhimpunan ini ialah bacaan doa dan senaman pagi yang digalakkan dikelolai oleh para murid PPKI sendiri.