Gotong-royong Jamuan Raya PPKI Tok Lela

Seperti biasa, PPKI Tok Lela akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu. Sambutan ini melibatkan semua guru dan pelajar PPKI Tok Lela dan bertempat di bangunan/kelas PPKI Tok Lela. 20 Julai 2016, sambutan ini telah dilaksanakan dan telah menerima kedatangan hampir semua guru-guru aliran perdana dan juga para staf sekolah ini.

Sebelum sambutan dilaksanakan, pastinya pelbagai persiapan dan persediaan awal dilakukan. Guru-guru dan para pelajar PPKI bertungkus lumus memastikan segala perancangan yang dibuat dapat direalisasikan
 Ini ialah persiapan indoor/hiasan/backdrop untuk sambutan raya kali ini. Tahun ini ada kelainan sedikit, jamuan diadakan diluar atau indoor
 Backdrop sempena raya. Nazrin betul-betul komited, serius dan fokus.

 Tak kurang juga dengan crew-crew yang ini. Balik lambat semata-mata nak memastikan segalanya siap.
Yang di bawah ini pula crew-crew penyediaan sate. Kali ini, ada kelainan sedikit dari segi juadah utama. PPKI Tok Lela memperkenalkan Sate Homemade. Produk PPKI kami. Sate ini perlu disiapkan dan diperap dalam tempoh yang agak lama. Lebih kurang semalaman.


Lebih kurang 700 cucuk sate telah disediakan untuk para tetamu semasa jamuan nanti. Confirm jam pertama jamuan dah clear!



 Kerjasama antara guru, PPM dan murid memastikan segalanya berjalan lancar. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing



 Sate Ayam Homemade
Inilah kerja-kerja di sebalik takbir kami.
Jumpa esok.
Kita berhari raya.