KARNIVAL PENDIDIKAN PERAK TENGAH: PERTANDINGAN GUBAHAN PENDIDIKAN KHAS

TARIKH  : 31 OKTOBER 2015
HARI      : SABTU
TEMPAT : D' HOTEL, SRI ISKANDAR

Karnival Pendidikan Daerah Perak Tengah telah dijalankan seperti mana tahun-tahun sebelum ini. Terdapat juga acara dan aktiviti yang telah dianjurkan khas untuk PPKI di daerah ini. Pada tahun ini, selain pameran dan jualan, Pertandingan Gubahan Tuala dan Gubahan Sirih Junjung telah danjurkan. 

                             
                             
Gerai Pameran dan Jualan sekolah PPKI daerah Perak Tengah

Gerai ini telah mempamerkan kraftangan yang telah dihasilkan sendiri oleh murid-murid Pendidikan Khas dari semua sekolah.
Semua harga kraf berpatutan dengan nilai pembuatan seorang murid istimewa. 

Antara kraftangan yang boleh didapati: Bunga Fabrik, Keychain, Bakul, Bekas Pensel, Gelang, Kerongsang, Selendang,Baju Melayu dan banyak lagi.

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN
I) GUBAHAN TUALA
II) GUBAHAN SIRIH JUNJUNG
Wakil dari PPKI SMKDSML, Azira dan Shakilah untuk Pertandingan Gubahan Tuala.
Hasil tangan Azira dan Shakilah agak kemas walaupun ada sedikit kekurangan.
Wakil dari PPKI SMKDSML, Faaiz dan Irfan untuk Pertandingan Gubahan Sirih Junjung.
Wakil dari sekolah lain.
Macam ada nampak dua ekor gajah tu... kreatifnya.
Persaingan yang sengit. Semua peserta berbakat, macam banyak je pengalaman.
Sebahagian daripada hasil Gubahan Tuala dan Gubahan Sirih Junjung dari peserta-peserta yang terlibat.
Walaupun tidak mendapat tempat dalam kedua-dua pertandingan, tetapi murid-murid SMKDSML telah menunjukkan semangat dan usaha untuk menghasilkan gubahan, cuma mungkin mereka kekurangan latihan. InsyaAllah, ada rezeki di hadapan nanti.

Apa-apa pun, murid-murid PPKI memang kreatif dan berbakat besar. Mereka mampu menghasilkan gubahan yang lain daripada yang lain seperti yang dilakukan oleh orang-orang dewasa. Kadang kala, orang dewasa macam cikgu pun tak terfikir. Tak kiralah siapa pemenangnya, asalkan yang positif diraih oleh murid PPKI.

'Creativity is the highest form of intelligence'