Hari Koperasi SMKDSML telah diadakan pada hari Rabu 29 April lalu. PPKI SMKDSML adalah antara 28 gerai yang telah mendaftar untuk meniaga pada hari tersebut. Walaupun masa cuma ngam-ngam untuk membuat persiapan, tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar dengan kerjasama yang diberi oleh setiap daripada kami. Antara menu makanan yang menjadi pilihan kami ialah jagung cawan pelbagai perasa, jagung rebus, jagung mentah, menu lejen roti telur leleh dan air minuman kaw-kaw. Kami turut menjual kraftangan yang telah dihasilkan oleh murid-murid kelas Satria untuk subjek Kemahiran Manipulatif. Check it out!
Persiapan awal untuk roti bakar meleleh dan jagung cawan
Demostrasi pembuatan roti telur meleleh kepada pelapis chef, Faaiz oleh chef-chef otai!!
Idak le Amin & Hadi terseliuh tangan hadap order yang banyak... hehe
Candid!
Camera sila fokus pada Rafiqin! Istiqamahnya dia masak roti telur meleleh.
Peniaga paling ceria Hari Koperasi
Tidak didapati di gerai-gerai lain.
"Begini caranya Irfan, kamu tengok aku buat..."
Baguslah Amin, sambil meniaga sambil buat kelas masak.
Say hmm
Antara kraftangan yang dijual. Button brooch, flower brooch, Magnet Fridge dan tempahan magnet fridge pun ada. ;) Alhamdulillah ada yang berminat dengan hasil tangan kami.
ok, chill up dulu sebelum mengemas semula gerai selepas pukul 12 tengahari.
Memang penat, tapi best.
Rasa penat 10 minit je tapi rasa best sampai bila-bila. ;)